Pages

Thursday 27 December 2012

DOA PELINDUNGAN DARIPADA KECURIAN



Hari ini saya kongsi satu doa yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.. lihat video ni..



Semua ia memberi manafaat...

Sunday 9 December 2012

SURAU NURUL IMAN BUKIT SAUJANA SUATU PERMULAAN YANG BAIK..


Syukur...Alhamdulillah ..surau nurul iman bukit saujana dah mula digunakan,  bermula dengan solat zohor pada 8/12/2013 diikuti solat fardu asar, maghrib dan isya..berjemaah ..

Semalam saya rasa sungguh seronok dapat berjemaah dengan warga bukit saujana dan selepas solat maghrib berjemaah dibuat solat hajat, bacaan yasin dan juga tahlil arwah..

Saya dimaklumkan oleh pengerusi surau aktiviti bacaan yasin dan tahlil arwah insya Allah akan di adakan setiap minggu dan semua warga bukit saujana dijemput hadir dan disamping itu juga..surau ini masih memerlukan sumbangan berterusan daripada tuan dan puan bagi melancarkan urusan solat berjemaah dan pengurusan surau ini..

Antara barang keperluan surau adalah seperti ganbar di atas dan sebarang sumbangan boleh menghubungi pengerusi surau atau ada pertanyaan serta hajat boleh juga nyatakan di chat box..

Selain barangan ..surau juga memerlukan sumbangan kewangan bagi bayaran sewa serta eletrik dan air..

Sama -samalah kita warga bukit saujana berjemaah di surau ini..ye..




Saturday 8 December 2012

GOTONG ROYONG BERSIH SURAU SEMENTARA BUKIT SAUJANA


Tu dia sampai berasap..



Hari ini warga bukit saujana turun beramai -ramai bagi buat gotong royong bersih surau sementara untuk kegunaan bersama semua warga bukit saujana..




Cuci sampai bersih ye..


Ha tu dia dah berkilat dan berseri...

Terima kasih kepada semua yang hadir...jangan lupe malam ni ada tahlil di surau ini...

Tuesday 4 December 2012

SURAU SEMENTARA WARGA BUKIT SAUJANA DI RUMAH NO 48 JALAN BS1/4

Syukur ..Alhamdullilah dengan berkat kerjasama dan muafakat warga bukit saujana , sebuah surau sementara telah berjaya di wujudkan di sebuah rumah yang disediakan oleh seorang ahli warga bukit saujana dan semuga rakan kita dan keluarga ini sentiasa di rahmati Allah s.w.t.

Pada 2hb Disember 2012, muafakatan warga bukit saujana ini telah berjaya mewujudkan jawatankuasa pembangunan surau yang dengan sepakat menamakan surau ini dengan nama indah " SUARU NURUL IMAN BUKIT SAUJANA"..dengan lokasi surau di rumah nombor 48, BS 1/4.

Muafakatan juga telah bersetuju untuk melantik pengerusi dan ahli jawatankuasa pengurusan surau ini seperti berikut..


1. Pengerusi : Othman Mohamed Yudin
2. Timbalan Pengerusi : En Rusli Man
3. Setiausaha : En Shahrul Nazri
4. Pen Setiausaha : En Amiruddin
5. Bendahari : En Azriel
6. Wakil Pemuda : En Uzaini
7. Wakil Wanita : Hjh Sharifah
8. AJK : En Halim
9. AJK : En Shamil
10. AJK : En Eddy Azran
11. AJK : En Fairol
12. AJK : En Adam
13. AJK : En Syed
14. AJK : En Ayie
15. AJK : En Rozeli
16. AJK : En Hafiz
17. AJK : En Zalman Aziz
18. AJK : En Nazrul

Semuga semua usaha ini diberkati oleh Allah s.w.t  jua...amin..

Tuesday 23 October 2012

Ingatan bagi pelupa: Kisah burung bantu padam api wajar jadi iktibar



DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Begitulah kita dalam hidup bermasyarakat , walau sekecil mana sumbangan kita,  berjaya atau gagal ia tetap dihargai..

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." (An Nahl ; 97 )





Monday 8 October 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN & SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI..


Esok maka bermulalah peperiksaan PMR dan kemudian akan diikuti oleh peperiksaan SPM dan macam -macam lagilah  peperiksaan..Saya  mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA semua adik -adik terutama adik -adik warga Bukit Saujana..dan didoakan semuga selamat dan berjaya dengan cemerlang..

Bila menjelang peperiksaan ini, teringat saya petua amalan yang pernah diberikan oleh pensyarah kita masa menuntut di universiti dahulu yang pernah memenangi Pingat Anugerah Diraja..kata nya.." amalkan baca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 41 kali sebelum masyuk dewan peperiksaan...Insya Allah..ada banyak kebaikannya..

Amalkan baca  sebanyak 41 kali sebelum masuk dewan peperiksaan..

Disamping itu juga terdapat rakan-rakan kita yang berpeluang menunaikan ibadah haji, saya juga merebut peluang ini mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji..semuga mendapat haji yang mabrur..Insya Allah...

Selamat menunaikan ibadah haji pada semua rakan -rakan warga Bukit Saujana semuga mendapat haji yang mabrur..
Insya Allah..



Ok jumpa lagi..

Wednesday 12 September 2012

Majlis Sambutan Aidilfitri Bukit Saujana

Salam semua,

Kepada rakan-rakan yg baru dapat surat ambil kunci phase 1 serta rakan-rakan sapphire phase 2 dan lavender yg dah berpindah atau belum berpindah; marilah kita beramai-ramai sertai majlis sambutan aidilfitri bukit saujana yg akan diadakan pada 16/9/2012 jam 8:30mlm di Jalan BS 1/1. Majlis ini juga bersempena hari malaysia yg disambut pada hari yg sama. 

Untuk itu tuan2 dan puan2 perlu membayar rm20 serumah utk kos2 khemah, dan lain lain serta amatlah digalakkan utk membawa serba sedikit juadah kerana konsep kita pada malam tersebut adalah 1rumah 1menu. Byaran perlu diberikan kepada Tuan Haji Hainuddin Hanafiah atau en asri aka Botak aka Julia Tobakan (kalau boleh sebelum jumaat ini utk tampung kos kos yg perlu). 

Di majlis itu tuan2 dan puan2 boleh berjumpa jiran tetangga sambil berkenal-kenalan antara satu sama lain. Terutama kepada yg baru berpindah dan bakal ambil kunci rumah yg baru. tuan2 dan puan2 boleh berkongsi pengalaman berpindah serta bertanya berkenaan renovation serta yg lebih penting tuan2 dan puan2 juga di jemput utk menyertai skim keselamatan serta persatuan penduduk kita. 

Kami warga Bukit Saujana serta AJK Komuniti Bukit Sujana amat berharap sambutan serta sokongan kuat dari semua. Event utk majlis berkenaan adalah di https://www.facebook.com/events/409837419076542/ .

Semoga dengan adanya aktiviti ini akan menguatkan ukhwah dah silaturahim antara warga bukit saujana.

Jamuan/Majlis di Bukit Saujana 15-16 September 2012

Berikut senarai jamuan/majlis yg bakal diadakan di Bukit Saujana dari 15-16 September 2012:

15/09
1) Puan Aisah Azizan : No 80, Jln BS 1/1 : 12-4ptg
2) En. Shahrul Nazri : No 78, Jln BS 1/1 : 12-4ptg
3) En. Anwar dan En Din : No 26 & 28, Jln BS 1/4 : 2-6ptg
4) En Latief : No 38 Jln BS 1/4 : 4:30 - 7PM
5) En Sabtu : No 52A , Jln BS 1/1 : 8:30PM (Majlis Yassin dan Doa Selamat En Sabtu menunaikan Haji)

16/09
1) En Rajib, No 36, Jln BS 1/4 : 12:30 - 4PM
2) Komuniti Bukit Saujana, Depan rumah No 60, Jln 1/1 : 8:30pm sampai habis

Kalau ada yg tertinggal sila inform.
Diharap warga BS dapat memeriahkan majlis.

Wassalam



Monday 3 September 2012

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI POT LUCK BUKIT SAUJANA, 1RUMAH 1MENU.



Penyimpan cop mohor Persatuan Penduduk  Bukit Saujana dengan ini mengistiharkan bahawa:


MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 
POT LUCK BUKIT SAUJANA, 
1RUMAH 1MENU. 


TELAH DI TETAPKAN PADA


 16 SEPTEMBER 2012 8.30 MALAM


SEMUA WARGA BUKIT SAUJANA DIJEMPUT HADIR
(SESUAI DENGAN TEMA & KONSEP) 


Thursday 30 August 2012

Jamuan 30 Aug - 2 Sept 2012 Di Bukit Saujana

Salam semua,

 Berikut list majlis yg akan diadakan di Bukit Saujana dari 30 Ogos hingga 2 September

30 Ogos 2012
1) Rumah Sdr Kamil : no 58, jln BS 1/4 Jam: 8 mlm hingga merdeka

31 Ogos 2012
1) Rumah Sdr Syed & Puan Nisa : No 62A Jln BS 1/1 Jam: Lepas solat Jumaat hingga 6 ptg
2) Rumah Sdr Zulkifli Arshad : No 69, Jln BS 1/2, Jam 3:30PM - 7:30PM
3) Rumah Sdr Zalman & Pn. Kamariah : No 61 BS 1/2 Jam: 8:30 mlm sampai makanan habis

1 September 2012
1) Rumah Sdr Kucai : no.57 jln 1/2 Jam: 12:30tghari hingga makanan habis
2) Rumah Sdr Azhar : no.30 jln BS 1/4 Jam: 3-6ptg

2 September 2012
1) Rumah Sdr Asyhar & Pn Azidah : no 32A, Jln BS 1/4 Jam: 4 - 6PM

Kepada yg berkesempatan jemputlah hadir.


Pesanan Komuniti

Salam ambang kemerdekaan, Semalam mendapat panggilan dari seorang jiran yg perihatin berkenaan lorong diantara rumah Lavender dan Sapphire di antara jalan BS 1/2 dan BS 1/4. Ada rakan kita yg mendirikan tembok rumahnya disitu jadi diharap semua yg melalui lorong itu terutama dari jalan BS 1/4 agar berhati hati kerana pendangan kenderaan dari sebelah kanan anda adalah terhad serta terlindung dan simpang 4 di situ tidak berapa teratur dibuat oleh pihak pemaju. Jadi bila keluar dari lorong itu janganlah terlalu laju, berhenti seketika utk melihat kenderaan di kiri dan kanan. Kita tak mahu perkara tak diingini berlaku. Satu lagi pesanan kepada komuniti bila memandu kenderaan (kereta atau motorsikal mahupun basikal) di kawasan perumahan seperti komuniti kita ini tak perlulah laju laju. Speed limit cuma 35 km/j sahaja. dari simpang masuk ke rumah anda tidak lah begitu jauh jadi anda dah terlalu hampir sampai ke rumah. Tak perlulah nak laju laju, tak perlulah rushing rushing. "Jangan dah jadi baru nak beringat ..." Sekian pesanan komuniti.

Wednesday 29 August 2012

Keselamatan dan Kebersihan Persekitaran Bukit Saujana Tanggungjawab Bersama.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri , maaf zahir batin diucapkan kepada semua warga bukit saujana yang 
merangkumi pemilik rumah lavendar dan sapphire.

Pok nik rasakan masih belum terlewat nak ucap selamat hari raya, al maklumlah puasa pun sebulan, raya pun biasa la sebulan.

Sahabat-sahabat dan jiran -jiran pun rancak buat rumah terbuka sana sini terutama hari cuti dan hujung minggu..kekadang dari pagi sampai petang hingga kemalam pun ada.

Beginilah meriahnya kehidupan mesra di kejiranan Bukit Saujana ini. Raya tahun tak de la pok nik balik kampung hanya beraya di Bukit Saujana dan ini merupakan kali pertama pok nikberaya di sini..kira catit rekodlah.

Pada hari raya yang banyak jiran - jiran yang balik kampung dengan aman dan selesa tanpa perlu risau keselamatan rumah yang ditinggalkan kerana di Bukit Saujana ini kita ada kawalan keselamatan yang mana khidmat kawalan keselamatan ini adalah hasil usaha perbincangan persatuan dan juga warga Bukit Saujana yang perihatin. 

Inilah semangat kejiranan yang amat baik ditunjukkan oleh warga Bukit Saujana ini, bak kata orang dulu-dulu ' yang berat sama dipikul , yang ringan sama dijinjing'..

Keselamatan dan kebersihan persekitaran serta kemuafakatan hidup berjiran amat penting untuk mewujudkan kediaman yang aman , tenang lagi selesa.

Apalah guna jika kita memiliki rumah yang bernilai ratusan ribu jika keadaan persekitaran tidak selesa dan hidup dalam ketakutan.

Pok nik yakin rumah yang kita miliki ini bernilai lebih ratusan ribu dan yang dah buat ubahsuai lebih lagi nilainya, dan pok nik jangkakan harga nilai rumah -rumah kita ini akan naik kenilai jutaan  dalam masa 5 tahun lagi ..tahniah buat semua warga Bukit Saujana kerana kita semua telah buat pilihan bijak.

Lihat sahaja persekitaran Bukit Saujana kita,  banyak projek  pembangunan sedang rancak dilakukan, kita kan berjiran dengan UiTM Puncak Alam yang khabarnya akan dibina sebuah hospital untuk mengembangkan fakuliti perubatan mereka.



Sesetengah Pakar Pelaburan Hartanah pernah berkata, jika nak lihat nilai rumah yang kita beli itu akan naik harga lihatlah pada beberapa unsur yang ada di sekitar kawasan perumahan berkenaan antaranya jika ada KFC, Bank - Bank, Balai Polis dan juga perkhidmatan kawalan keselamatan. Semua unsur ini dah ada di sekitar Bukit Saujana.

Pelaburan untuk perkhidmatan kawalan keselamatan amatlah rendah, jika di Bukit Saujana ini hanyalah RM60.0 sebulan sahaja, kerana dikongsi oleh jiran - jiran yang perihatin,(rasa pok nik jika makin ramai yang menyertai makin rendah kosnya)  ia sebenarnya mampu meningkatkan nilai rumah yang kita beli. Cuba kita bayangkan adakah kita nak beli atau sewa rumah yang banyak kejadian jenayah dan kecurian ?.



Jawapannya sudah pasti tidak !. Kita sudah pasti akan membeli atau menyewa rumah yang persekitaran terjamin keselamatan dan kebersihan walaupun harga agak mahal sedikit !.

Oleh itu bagi pemilik dan penduduk rumah di Bukit Saujana ini, marilah kita menyertai khidmat kawalan keselamatan  demi kesejahteraan kejiranan kita. 

Jika anda pembeli rumah untuk pelaburan sertai kawalan keselamatan ini bersama kami, pok nik yakin ia akan memberi nilai pada harga rumah dan juga kadar sewaan nanti..Insya Allah.

Walaupun pada hari ini kita memiliki teknologi keselamatan yang cangih namun tahap keselamatan yang terbaik adalah yang dilaksanakan oleh manusia juga.

Sistem keselamatan yang ada hanya mampu membuat pemantauan ..namun tidak dapat membantu..jika kita menghadapi saat -saat kecemasan ?..Lihat rakaman video ini..CCTV hanya mampu merakam !..


Suatu kes ragut ditempat lain bukan  di Bukit Saujana.


Bagaimana pula jika rumah kita sentiasa kita tinggalkan semasa kita pergi kerja setiap hari ?..Siapa yang tengok ? .Jika penggera berbunyi sape yang paling cepat membantu ? Saya yakin  jaga  yang kita bayar itu akan sampai dahulu.

Dan dari aspek saikologi pun, kita manusia hanya takut pada manusia bukan pada mesin atau peralatan.Kesatuan insan muafakat mampu membantu..keadaan...

Suatu kejadian rakaman CCTV ..bukan di Bukit Saujana

Nak join perkidmatan kawalan selamatan ini pun bukan sukar mana pun, sahabat singgah sahaja tempat post jaga yang ada isi borang dan maklumat yang diperlukan. Bayaran bulan pun hanyalah RM60.0 sahaja..

JOM jiran-jiran dan sahabat serta pemilik rumah di Bukit Saujana,  KITA JOIN KAWALAN KESELAMAT..MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT,BERSATU TEGUH.. !

Mohon maaf jika pok nik terkasar bahasa..tersilap bicara..lagi pun raya lagikan..kita bermaaf - maafan..amin.


Coretan Pok Nik..


Monday 27 August 2012

Nota Kepada Semua Pemilik Rumah Bukit Saujana

Salamsejahtera kepada semua pemilik rumah di Bukit Saujana


Gambar hiasan
Jika tuan/puan ada memilik rumah di Bukit Saujana ini  mohon jasa baik tuan/puan untuk datang menjenguk rumah yang tuan/puan milki itu demi kesejahteraan semua pihak..

Kerjasama yang pihak tuan/puan berikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih..

kenapa nak lawat rumah tu ye ?..baca petikkan ini......



Sebarang pertanyaan boleh di email : ppbukitsaujana@gmail.com


Saturday 25 August 2012

MAJLIS PERJUMPAAN PENAJA PERSATUAN

Segalanya bermula disini..inilah detik permulaan tertubuhnya persatuan ini....






begitullah ia bermula......

Sunday 15 January 2012

PERSATUAN PENDUDUK BUKIT SAUJANA

Blog Persatuan Penduduk Bukit Saujana mula di wujudkan hari ini untuk memberi dan berkongsi maklumat informasi terkini perkembangan Komuniti Bukit Saujana, yang terletak berhampiran Saujana Utama Sungai Buloh Selangor..