Pages

Thursday 8 June 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA KOMUNITI BUKIT SAUJANA 1..




Setelah lama tidak berkongsi informasi berkenaan komuniti Bukit Saujana 1 , Saujana Utama Sungai Buloh, kini saya ada sedikit keluangan masa untuk berkongsi.

Telah banyak aktiviti yang dapat dijalan kan dan telah berjaya di laksanakan pada awal tahun ini dan paling mengembirakan Surau Nurul Iman Bukit Saujana 1 telah berjaya disiapkan dan solat pertama telah didirikan pada 1 Ramadhan 2017 ini.

Sempena ada surau baru yang kekal komuniti akan menjalan majlis berbuka puasa pada 12 Jun 2017 dan semua warga Bukit Saujana di jemput hadir..





Kerja sama penduduk dalam mengemas kini surau baru, SURAU NURUL IMAN BUKIT SAUJANA 1

Tuesday 6 June 2017

Selamat Berpuasa Kepada Semua Warga Bukit Saujana


Alhamdullillah , masih belum terlewat untuk admin ucapan selamat berpuasa untuk semua jiran-jiran warga Bukit Saujana, Saujana Utama Sungai Buloh.

Maaf dipinta kerana sudah lama blog ini tak di update atas sebab-sebab kekangan waktu.

Friday 11 September 2015

PENJENAMAAN SEMULA WEBBLOG PERSATUAN PENDUDUK BUKIT SAUJANA KEPADA KOMUNITI BUKIT SAUJANA 1

Hari ini bermula nya episod baru bagi weblog ini dengan penjenamaa semula dari weblog Persatuan Penduduk Bukit Saujana kepada KOMUNITI BUKIT SAUJANA 1.

Penjenamaan semula ini bagi memenuhi inspirasi dan realiti penulis serta memenuhi keadaan semasa di Bukit Saujana 1 ini.

Jika pada awal penubuhan blog ini, hanya perumahan Lavendar dan Saphire sahaja yang ada , namun kini sudah ada terbina disekitar Bukit Saujana ini yang akhir nya menyebabkan struktur georafi serta persekitaran berubah.

Hakikat terkini Bukit Saujana kini dah ada dua komuni yang berbesar dan berbeza yang di kenali Bukit Saujana 1 atau BS1 dan juga Bukit Saujana 2 atau BS2..

Maka weblog ini diubah kepada Komuniti Bukit Saujana 1 bagi merakamkan catitan aktiviti komuniti yang berlaku disekitar kejiranan Bukit Saujana 1 yang terdiri daripada pemilik rumah lavendar dan juga Saphire sahaja..

Webblog ini juga tidak mewakli suara bagi pihak persatuan yang ada...


Sekian..

Monday 7 September 2015

Weblog Persatuan Penduduk Bukit Saujana Kembali Berkarya

Syukur Alhamdulillah setelah agak lama blog ini tidak dapat di update .. kini insya Allah weblog ini akan kembali aktif..

Sebenarnya sudah banyak aktiviti komuniti telah berlangsung.. cuma saya tak sempat nak update atas sebab yang tidak dapat di elakan..

Monday 10 June 2013


Majlis pertama anjuran Persatuan Penduduk Bukit Saujana dibawah kendalian AJK yang baru. Majlis ini adalah agar penduduk dapat mengenali satu sama lain (terutama yg baru berpindah) dan merapatkan silatulrahim antara jiran tetangga. Selain itu majlis ini diselitkan pengisian rohani sempena menjelangnya bulan Ramadhan Al Mubarak yg mulia tidak lama lagi. 

Aturcara Majlis:

7:30PM : Solat Maghrib berjemaah diikuti solat sunat hajat, bacaan yassin dan tahlil.
(Ucapan Pengerusi Surau Nurul Iman sempena bulan Ramadhan)

8:45PM: Solat Isya berjemaah

9:00PM: Motivasi dan Zikir dari Ustaz Amal

9:30PM: Ucapan Pegerusi Persatuan dan pengenalan AJK Persatuan sesi 2013/2015

9:45PM : Jamuan makan

10:30PM : Gotong royong kemas kawasan surau dan majlis tamat

** Booth penyertaan keahlian Persatuan Penduduk dan byran Jun-Dec akan dibuka.

Menu:
Kue Tiaow Goreng Abe Lee Special
Bihun Goreng
Roti Jala
Kuih Muih
Air Sejuk dan Panas

Penyertaan:
1) Percuma kepada ahli (seisi rumah) Persatuan Pemilik Rumah Lavender dan Sapphire Bukit Saujana. (sumbangan daripada ahli dialu-alukan)
2) Sedikit sumbangan (RM20, seisi rumah) daripada yg bukan ahli untuk menampung sedikit kos makanan.Percuma kepada mana2 yg bukan ahli mendaftar pada atau sebelum majlis tersebut.

Thursday 3 January 2013

TAHUN BARU DAN ALAM PERSEKOLAHAN


Hari ini hari ketiga ditahun 2013 dan semalam ramai diantara warga Bukit Saujana sibuk menghantar anak-anak kesekolah yang terletak disekitar Saujana Utama ini.

Sekitar Suajana Utama dimana letaknya perumahan Bukit Saujana ini ada sekolah rendah, sekolah menengah dan juga sekolah agama.

Sekolah Agama ini baru sahaja siap dan dah memulakan sesi persekolahan pada tahun ini. Ramai juga warga Bukit Saujana yang menghantar anak mereka ke sekolah agama ini.

Disamping sekolah agama, bertempat di Surau Nurul Iman, Bukit Saujana, kelas mengaji al Quran untuk kanak -kanak juga telah mula dijalankan..

So ..jiran - jiran yang belum pindah itu..usah risaulah untuk berpindah tinggal di Bukit Saujana..komuniti Bukit Saujana ini sudah semakin ceria dan meriah..